Life #1 Accident

Salam dan sejahtera. Semoga kehidupan kita sentiasa berada di bawah rahmatNya.

Pagi ni, aku nak crite sdikit tntang accident2 yang pernah aku lalui. Jika dikira sejak zaman sekolah hingga ke hari ni, rasanya sudah 6 kali aku exsiden. Tapi Alhamdulillah, Tuhan banyak memberi peluang untuk terus hidup, malah dalam keadaan yang masih baik. Teramat syukur padaNya.

emm, barangkali aku tidak mampu mengingat kronologi susunan eksiden, tetapi ada juga beberapa yang aku masih ingat.

okay. Eksiden #pertama aku:
Malam itu, aku ingin ke kedai makan tuk beli roti canai tuk famili aku. Pada satu simpang masuk di kedai makan tu, aku pun membelok. Tanpa disedari, sebuah motorsikal merempuh ku dari belakang.. boom! krakkk!! tzzzzttt!! Alhamdulillah, aku selamat. (seingat aku, aku cuma luka sedikit jek dkat lutut). Untuk yang merempuh tu, aku tak pasti dia parah atau tak, sbb time tu ramai orang jenguk die. Moga dia selamat...

Eksiden #kedua aku:
Yang ni berlaku di siang hari, masa itu aku sedang menunggang motorsikal yamaha-sre aku, di sebuah jalan besar di hadapan masjid as-syariff. Aku perasan kekempesan tayar pada motor aku, aku tak pasti dan cuba melihat ke bawah. (sambil motor itu berjalan).

Kraaakkk!! bzzztzt!! dusshhh!!

Aku terlanggar tiang lampu isyarat untuk bdak skolah melintas.. Ramai orang memerhatikan aku. Pakcik yang menjaga kanak-kanak melintas tu pun memerhatikan aku. hehe... Aku dibantu oleh seorang sahabat lama. Nama dia 'kide' (nickname). Luka besar pada bawah siku aku. Darah itu membasahi baju ku yang putih. Siap sahaja motor aku di bangunkan, aku terus pergi dari situ.

Alhamdulillah..

Eksiden #ketiga aku:
Eksiden ini berlaku dkat dpan skolah kebangsaan sungai binjai. Waktu itu sedang sesak, aku cuba melintas (guna motor ah), ke jalan seberang. Aku terus melintas dan dzrrkkkk!!!
aku dirempuh dari kanan, dan terus saja aku dan motor aku dilintas (melayang) ke seberang..
Aku terus bangun dan cuba menolong membangunkan motor yang melanggar aku. Serba sedikit aku dimarahinya (tak ingat).

Dia pun pergi dari situ.

Luka yang parah terlihat pada jari hantu aku.. Seorang pemandu lori berhenti dan membantu aku membalut luka pada jariku itu. Baliknya aku ke klinik untuk menjahit jari itu. (bukan terputus, tapi koyak saja kulitnya).


Alhamdulillah.
==================================================================
eksiden2 yang berlaku di atas ini berlaku di waktu kehidupan bersekolahku, di bawah ini pula adalah selepasnya.

Eksiden #keempat aku:
Ini barangkali adalah satu eksiden yang akan ku ingat sepanjang kehidupan ku. Aku baru pulang bersama latif, seorang kawan sekolah ku. Dia bersama aku, turut bekerja di kilang panasonic itu. Waktu itu, seingat aku adalah hari yang hujan. Ia berlaku sewaktu aku pulang dari kerja di sebuah jalan motor pada kawasan di atas sungai kelang, yakni selepas tol bukit raja.. Aku membawa motor dengan kadar yang agak laju, dan sampai saja di satu selekoh selepas junaman paras yang tinggi, aku termakan banyak jalan dan motor aku terseret pada divider jalan antara jalan motor dgn highway. BOM!!! aku pun terbabas. Begitu juga dengan kawan yang memboncengku.


Bersambung...

Song #1 Follow Me

salam wat smua..

Hingga kini, sudah 3 lesson saya tulis. Mungkin rasanya kita perlu berhenti berehat sekejap dan sambil itu dengarkanlah lagu di bawah ini, yang bertajuk Follow Me nyanyian asal oleh Rocket Boy (kurang pasti, sebab aku tak jumpa sumbernya).
Lagu ni member ana yang kenalkan (mus), dan bergenre britpop. Lagu ini juga adalah OST untuk anime yang bertajuk "Beck". thumb up!



Lyric

Verse 1:
Follow me
Baby, I won't let you leave if you believe in me
And I always set you free from all those yesteryears
But you don't know how much
I got believe in you

Verse 2:
I was staring at your shoulder shivering
In such A coldest summer breeze
mean while I wonder why we're here
Look for the line between love and friends
we'll Be twisting ourselves again

Verse 3:
I was standing at the corner on the street
Watching the wheels are turning free
Waiting to Back up on My feet
Reading a Line between Night and Day
I'll be twisting Myself Again

Verse 1
Verse 2
Solo
Verse 1 X2

but you don't know how much
I got believe in you
but you don't know how much
I got believe in you

Lesson #3 Ping

ok, salam dan selamat pagi buat semua.

Saya anggapkan semua sihat hari ni ya. Okey, hari ni saya nak mengajarkan kalian tentang apa itu Ping, kegunaannya dan bagaimana cara menggunakannya.

Instructional Aims:
1. Nyatakan apa itu ping
2. Terangkan apakah kegunaan ping
3. Lakukan operasi Ping

Kita masuk ke aims pertama iaitu,

Apa itu Ping:
Ping itu adalah salah satu dari utiliti pada command-prompt yang digunakan untuk menguji kefungsian hubungan rangkaian (network) antara 2 ip. Namanya diambil sempena teknologi active sonar.

secara ringkasnya, kita telah tahu apa itu Ping, maka baiklah kita teruskan ke aims yang seterusnya iaitu,
Kegunaan Ping:
okey, kegunaannya:
- Menguji kefungsian Network Interface Card
- Ping IP komputer untuk mendapatkan kefungsian dengan komputer itu.
- Melihat kelajuan (bandwidth speed) dari komputer pengguna dengan rangkaian lain.

Pengoperasian Ping:
kali ni saya akan membuatkan langkah demi langkah untuk memudahkan kalian mempelajarinya:

Step 1 : Opening a CMD (also known as Command Prompt).
Terdapat beberapa cara untuk membuka command prompt iaitu,

1. Start Menu > Programs > Accessories > Command Prompt
2. Menggunakan program Run untuk membuka cmd.
- Start Menu > Run > tulis cmd dan tekan Enter.
- [win + r] > tulis cmd dan tekan Enter.
Info: [win] itu adalah kekunci keyboard yang terletak antara ctrl dan alt.
3. melalui my computer iaitu,
- local disk (c:) > windows > system32 > cmd.exe
Info: jika partition terletaknya folder windows anda adalah selain dari (c:), maka pilih partion tersebut.

Step 2 : Ping
Okey, untuk step yang ini saya akan ajar tentang cara untuk menguji kefungsian interface card anda, dan kefungsian dengan www.google.com.

Kefungsian network interface card
gunakan command di bawah pada CMD:

ping localhost atau
ping 127.0.0.1

info : 127.0.0.1 merupakan IP yang telah direserve untuk loopback connection. loopback ni contohnya, pengguna > interface card.

kefungsian pengguna dengan www.google.com
yakni kefungsian dengan internet

gunakan command di bawah:

ping google.com


okay, buat masa ni, saya rasa itu sajalah kot pelajaran kita tentang ping, untuk lesson ini.
Semoga berjumpa lagi!

Salam.

Lesson #2 Windows shortcut

Salam buat semua..

Okey, kali ini kita akan pelajari tentang shortcut-shortcut keyboard yang boleh kita guna untuk memudahkan kita mengakses fail-fail tertentu, atau program-program tertentu dan sebagainya lah..

Okey Lesson bermula:

Instructional Aims:
1. Nyatakan jenis-jenis shortcut
2. Nyatakan cara membuat shortcut tersebut

Okey, kita mulakan pada aims yang pertama iaitu:

Nyatakan Jenis-jenis shortcut:
Secara umumnya, terdapat 11 jenis shortcut yang terpada pada windows iaitu:
- Desktop shorcut
- Text editing
- Web Browser
- Go Menu
- Text Formatting
- Windows Management
- Widget Navigation
- Tab Management
- Desktop Navigation
- Making Screenshot
- Command line shortcut
- Accessibility

em, ok saya tidak akan menyentuh tentang keterangan seluruh jenis-jenis shortcut di atas, sebab saya fikir, mungkin saya perlu terus ke aims yang seterusnya:

Nyatakan cara membuat shortcut tersebut:

Saya rasa, mungkin saya hanya akan menyentuh beberapa jenis sahaja, kerana 11 tu rasanya macam dah terlalu banyak nak diexplain. Mungkin klau ada masa saya akan sentuh tentangnya. Ok, yang pertama:

Desktop Shortcut:

[alt] - Activate Menu Bar
[alt + f] - File Menu
[alt + e] - Edit Menu
[alt + v] - view Menu
[alt + esc] - cycle through opened item
[alt + z] - undo the last operation
[alt + y] - redo the last operation
[ctrl + x] - cut the selected area and store it in the clipboard
[ctrl + c] - copy the selected area and store it in the clipboard
[ctrl + v] - paste contents of clipboard to focused place
[ctrl + alt + v] - paste special
[ctrl + A] - select everything in focused control or windows
[shift + alt] - Toggle between installed keyboard languages

windows management:
[alt + tab] or [alt + shift + tab] - switch between focused windows
[alt + esc] or [alt + shift + esc] - switch focus to the next/previous windows (without dialog)
[alt + space] - Pop up window menu
[alt + f4] - close the focused window
[alt + space + r] - restore the previous window


Okay, buat masa ni, ni sajalah cara-cara yang boleh saya tunjuk di sini, kelak saya akan memasukkan dengan lebih banyak.
[sumber = wikipedia].

Salam

Lesson #1 Batch File

Okeyh, salam wat smua.

Untuk lesson pertama ini, kita akan sama-sama belajar tentang tentang batch file dan bagaimana cara asas untuk wat batch file.

Instructional Aims:
1. Nyatakan tentang apa itu batch file
2. Terangkan cara yang asas untuk membuat batch file

BATCH FILE
Apa itu batch file? Batch file merupakan sebuah fail .bat (yang boleh diedit menggunakan notepad) di mana di dalamnya mengandungi command-command yang bisa kita kenal di CMD (command Prompt). Lebih mudah lagi, batch file digunakan untuk menjalankan command-command tertentu secara automatik (automate).

CARA UNTUK MEMBUAT BATCH FILE
Mungkin saya akan ajarkan anda secara langkah demi langkah untuk memudahkan pemahaman, memandangkan anda pun masih baru dengan saya.

Untuk beberapa step di bawah, saya memerlukan anda untuk membuat satu folder yang bernama (lesson1) di desktop. Buat yang tidak tahu bagaimana untuk membuat folder baru, klik kanan pada mana-mana kawasan di desktop (bukan pada file). Tekan 'New' dan Ambil 'folder'. Right klik pada folder baru itu dan renamenya sebagai 'lesson1'. Gunakan folder baru itu sebagai tempat anda membuat lesson anda.

Step 1 : Create a text file
Right klik pada mana-mana kawasan di dalam folder lesson1 itu, dan buat satu fail text baru.
Right click > New > 'Text Document'.

Anda akan mendapat satu fail yang bernama "New Text Document.txt". Tetapi jika anda hanya mendapat satu fail yang bernama "New Text Document" sahaja, maka anda perlu lakukan beberapa step di bawah ini, selain itu, teruskan ke step yang ke dua.

[Making an extension visible through a filename]
Buka satu folder (apa-apa), pada bahagian atas (top), ambil :
Tools > Folder Option > [tab] View > untick "Hide extension for known file types" > click OK

Step 2 : Renaming the extension into the batch type
Hingga step ini, pastikan anda telah mendapat sebuah file yang bernama "New Text Document.txt". Untuk memudahkan kerja, namakan file anda daripada "New Text Document.txt" kepada "Batchfile1.txt"

Okey, dan untuk step yang kita tunggu2, iaitu:
- Ubah extension dari ".txt" kepada ".bat", iaitu dengan menamakan (rename) file anda dari "Batchfile1.txt" ke "batchfile1.bat".
- Anda akan ditanya mengenai sesuatu, dan tekan Yes.

Step 3 : Memasukkan command restart pada fail batch [pengujian]
Klik kanan pada fail batch tersebut, dan pilih "Edit". Anda akan dapati sebuah fail berbentuk notepad yang masih kosong di dalamnya. Masukkan command di bawah:

shutdown -r -t 120
pause


dan save fail itu.

Command ini digunakan untuk restart komputer anda 2 minit (120 saat) dari masa anda menekan fail "batchfile1.bat". Jadi, buat sesiapa yang ingin menekan fail ini, maka save dahulu apa-apa kerja yang anda sedang lakukan. Dan buat sesiapa yang ingin membatalkan proses yang akan berlaku dalam 2 minit ini, lakukan step di bawah:

Start Menu > Run > tulis "shutdown -a" > Enter

Hmm.... Saya rasa itu saja untuk lesson kita kali ni... saya pun rasa macam nak tertido dah.. Lain kali kita saya akan ajarkan tentang kepentingan batch file ini dengan lebih mendalam.

Salam.