Life #1 Accident

Salam dan sejahtera. Semoga kehidupan kita sentiasa berada di bawah rahmatNya.

Pagi ni, aku nak crite sdikit tntang accident2 yang pernah aku lalui. Jika dikira sejak zaman sekolah hingga ke hari ni, rasanya sudah 6 kali aku exsiden. Tapi Alhamdulillah, Tuhan banyak memberi peluang untuk terus hidup, malah dalam keadaan yang masih baik. Teramat syukur padaNya.

emm, barangkali aku tidak mampu mengingat kronologi susunan eksiden, tetapi ada juga beberapa yang aku masih ingat.

okay. Eksiden #pertama aku:
Malam itu, aku ingin ke kedai makan tuk beli roti canai tuk famili aku. Pada satu simpang masuk di kedai makan tu, aku pun membelok. Tanpa disedari, sebuah motorsikal merempuh ku dari belakang.. boom! krakkk!! tzzzzttt!! Alhamdulillah, aku selamat. (seingat aku, aku cuma luka sedikit jek dkat lutut). Untuk yang merempuh tu, aku tak pasti dia parah atau tak, sbb time tu ramai orang jenguk die. Moga dia selamat...

Eksiden #kedua aku:
Yang ni berlaku di siang hari, masa itu aku sedang menunggang motorsikal yamaha-sre aku, di sebuah jalan besar di hadapan masjid as-syariff. Aku perasan kekempesan tayar pada motor aku, aku tak pasti dan cuba melihat ke bawah. (sambil motor itu berjalan).

Kraaakkk!! bzzztzt!! dusshhh!!

Aku terlanggar tiang lampu isyarat untuk bdak skolah melintas.. Ramai orang memerhatikan aku. Pakcik yang menjaga kanak-kanak melintas tu pun memerhatikan aku. hehe... Aku dibantu oleh seorang sahabat lama. Nama dia 'kide' (nickname). Luka besar pada bawah siku aku. Darah itu membasahi baju ku yang putih. Siap sahaja motor aku di bangunkan, aku terus pergi dari situ.

Alhamdulillah..

Eksiden #ketiga aku:
Eksiden ini berlaku dkat dpan skolah kebangsaan sungai binjai. Waktu itu sedang sesak, aku cuba melintas (guna motor ah), ke jalan seberang. Aku terus melintas dan dzrrkkkk!!!
aku dirempuh dari kanan, dan terus saja aku dan motor aku dilintas (melayang) ke seberang..
Aku terus bangun dan cuba menolong membangunkan motor yang melanggar aku. Serba sedikit aku dimarahinya (tak ingat).

Dia pun pergi dari situ.

Luka yang parah terlihat pada jari hantu aku.. Seorang pemandu lori berhenti dan membantu aku membalut luka pada jariku itu. Baliknya aku ke klinik untuk menjahit jari itu. (bukan terputus, tapi koyak saja kulitnya).


Alhamdulillah.
==================================================================
eksiden2 yang berlaku di atas ini berlaku di waktu kehidupan bersekolahku, di bawah ini pula adalah selepasnya.

Eksiden #keempat aku:
Ini barangkali adalah satu eksiden yang akan ku ingat sepanjang kehidupan ku. Aku baru pulang bersama latif, seorang kawan sekolah ku. Dia bersama aku, turut bekerja di kilang panasonic itu. Waktu itu, seingat aku adalah hari yang hujan. Ia berlaku sewaktu aku pulang dari kerja di sebuah jalan motor pada kawasan di atas sungai kelang, yakni selepas tol bukit raja.. Aku membawa motor dengan kadar yang agak laju, dan sampai saja di satu selekoh selepas junaman paras yang tinggi, aku termakan banyak jalan dan motor aku terseret pada divider jalan antara jalan motor dgn highway. BOM!!! aku pun terbabas. Begitu juga dengan kawan yang memboncengku.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment