ok, salam dan selamat pagi buat semua.
Saya anggapkan semua sihat hari ni ya. Okey, hari ni saya nak mengajarkan kalian tentang apa itu Ping, kegunaannya dan bagaimana cara menggunakannya.
Instructional Aims:
1. Nyatakan apa itu ping
2. Terangkan apakah kegunaan ping
3. Lakukan operasi Ping
Kita masuk ke aims pertama iaitu,
Apa itu Ping:
Ping itu adalah salah satu dari utiliti pada command-prompt yang digunakan untuk menguji kefungsian hubungan rangkaian (network) antara 2 ip. Namanya diambil sempena teknologi active sonar.
secara ringkasnya, kita telah tahu apa itu Ping, maka baiklah kita teruskan ke aims yang seterusnya iaitu,
Kegunaan Ping:
okey, kegunaannya:
- Menguji kefungsian Network Interface Card
- Ping IP komputer untuk mendapatkan kefungsian dengan komputer itu.
- Melihat kelajuan (bandwidth speed) dari komputer pengguna dengan rangkaian lain.
Pengoperasian Ping:
kali ni saya akan membuatkan langkah demi langkah untuk memudahkan kalian mempelajarinya:
Step 1 : Opening a CMD (also known as Command Prompt).
Terdapat beberapa cara untuk membuka command prompt iaitu,
1. Start Menu > Programs > Accessories > Command Prompt
2. Menggunakan program Run untuk membuka cmd.
- Start Menu > Run > tulis cmd dan tekan Enter.
- [win + r] > tulis cmd dan tekan Enter.
Info: [win] itu adalah kekunci keyboard yang terletak antara ctrl dan alt.
3. melalui my computer iaitu,
- local disk (c:) > windows > system32 > cmd.exe
Info: jika partition terletaknya folder windows anda adalah selain dari (c:), maka pilih partion tersebut.
Step 2 : Ping
Okey, untuk step yang ini saya akan ajar tentang cara untuk menguji kefungsian interface card anda, dan kefungsian dengan www.google.com.
Kefungsian network interface card
gunakan command di bawah pada CMD:
ping localhost atau
ping 127.0.0.1
info : 127.0.0.1 merupakan IP yang telah direserve untuk loopback connection. loopback ni contohnya, pengguna > interface card.
kefungsian pengguna dengan www.google.com
yakni kefungsian dengan internet
gunakan command di bawah:
ping google.com
okay, buat masa ni, saya rasa itu sajalah kot pelajaran kita tentang ping, untuk lesson ini.
Semoga berjumpa lagi!
Salam.
No comments:
Post a Comment